Rabu, Disember 08, 2010

MASALAH SOSIAL REMAJA

Remaja zaman la ni, ada segelintir daripadanya banyak terpengaruh dengan anasir luar. Antaranya :

a) Tak reti nak hormat orang yang lebih tua darinya
b) sepak terajang mak bapak
c) berzina
d) membunuh ibu bapa sendiri @ keluarga
e) suka mabuk dan clubbing
f) nak orang ja faham depa (remaja) depa tak dengar kata org
g) merokok bagi remaja perempuan


Adala satu cerita yang melibatkan masalah sosial remaja ni. Cerita ni, adalah berdasarkan kisah benar dan tidak berniat untuk mengaibkan mana2 pihak. Semoga mendapat iktibar dari kisah ini.





Ifa (bukan nama sebenar) berasal dari keluarga yang bermasalah. Ibu bapanya yang tiada sefahaman membuatkan Ifa dan adik beradiknya pun bermasalah. Pada suatu petang semasa ibu bapa mereka bergaduh Ifa (bukan nama sebenar) melarikan diri bersama seorang lelaki yang baru dikenalinya. Permulaan perkenalan dia (Ifa) menyangka lelaki tersebut mengambil berat terhadap masalah yang dihadapinya, tetapi sangkaannya meleset sama sekali. Lelaki itu telah mengambil kesempatan keatas dirinya (Ifa). Lelaki tersebut telah merogolnya. Selepas itu lelaki berkenaan menghantarnya semula balik ke rumahnya pada lewat malam. Dalam perjalanan pulang, Ifa terserempak dengan sekumpulan budak2 lelaki, lalu menahan Ifa dan cuba memperlakukan sesuatu iaitu telah merogol Ifa secara bergilir-gilir seramai 8 orang sehingga Ifa tidak bermaya dan ditinggalkan sendirian selepas puas diratah oleh mereka. Tinggallah Ifa seorang diri di tepi jalan sambil meronta kesakitan dalam kesedihan. Mujurlah ada seorang hamba Allah mendengar jeritan Ifa dan menghantarnya pulang. Dalam kesedihan yang dihadapi oleh Ifa, adiknya turut mengalami nasib yang sama. Selepas dari kejadian itu, Ifa telah berubah dari sikapnya yang suka bergaul dengan lelaki, manakala adiknya telah dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak (rumah NUR). Ibu bapanya pun telah berubah dan semakin mendekatkan diri dengan tuhan.
Kesimpulannya, sekiranya kita jauh dengan Allah, macam2 perkara boleh berlaku. Jadi dekat2kanlah diri dengan Allah.